Monday, December 31, 2012

last buat seketika. 2013 be nice

Greeting Text
haiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii, assalammualaikum. selamat malam plusss pagi warga manusia. *wipe tear* sedar tak sedar kita dah masuk tahun baru.  2013. HAPPY NEW YEAR oulls. love you. harhar. toucing nyaa awak neh. muahaha. okay, dengan rasminya esok opsss pagi neh saya menjadi calon SPM. walawehh >< tak caya, tak caya. haha. tapi harus percaya. aumm. dah 17 tahun dah, *tua kee? tapi hakikatnyaa saya masih muda. cuba terima kenyataan ini ya. ^^ okayy nak story sikit neh. banyak la jugak. hikhok.................................

firstt. saya dah form5 ke? ughhh. okay bukan itu ceritanya. haha. gini gini pada 28 bulan 12 tahun 2012 saya telah menghadiri majlis perkahwinan Apek dan Leuniey. *bangga. muahaha. kenal kan? kan? tipu la kalau tak kenal. alaaaaaaaa yang tu tuuu. :P cari sendiri ya. keluarga saya memang 'anak beranak' dengan keluarga dia. nenek dia tuu adik beradik dengan nenek saya. mama dia sepupu dengan mama saya. anak dia dua pupu dengan saya. haha. tapi TAKPERNAH bertalking talking. >< almaklum laa. haritu tiga buag kereta pegi. banyak kan. sampai tuu penuh wooo orangg. kaum kerabat nyaa la. makanan macam macam ada. tapi tapi tak sempat nak bergambar dengan dia. ramai gylaa orang. cuma sempat ambik gambar dia berdua jee. *tu punn sepupu yang snap. sodihh. hmmm. takpeee. be happy. harhar bestt kot dapat jumpa Apek depan mata. real gituu. dan dengan itu jugak cousin saya belah abah merajuk sebab tak bawak dia. maafkan saya Wan Nur Ayuni Bt Wan Rahim. nama penuh siakk. haha. shoo sorry :* sayang awak.lama jugak laa kiteorangg duduk sana. petang baru balik >< nah sedikit gambar ----------------------->








neh je kot. ade lagi kemalasana nak upload. LOL. selamat menikmati. muahahaha

dan dan pagi nanti dah kene pergi sekolah macam biasa. 5 Ibnu Sina akan menjadi kenangan tahun neh. SPM tu. harap sedar -.- fuhhhhhhhhhhh. no more 'sokmo' online. uwaaaaaaaaaa. tisk tisk. lagi pun esok abah dah nak ambik lappy neh. tak boleh nak update blogg dah. grrrrrrrrrrr. hmmmmmmm. *turut bersedih* haiyaaaa. dan semalam a.k.a tahun lepas saya pergi sekolah untuk daftar kemasukan form5. dan dan saya lewat. *cover malu* hmm tapi takpe. tadi setelah lama tak jumpa besties bercerita tentang macam macam. segalanyaaa ada. hikhokk. dan saya duduk bawah kipas tepi dia pelajar cemerlangg. fulamakkk. pelajar cemerlang tuu. harap dapat masuk sikit ilmu dia tuu. wuhuuu ^^ pandai gylaa kot syahirah. akhir tahun dah 8a tuu. wah wah. okay, dah lewat. masa untuk tidur. masih mahu bercerita tapi masa cemburu sama saya. aumm. sweet nya --' perlu tidur. pagi nanti sekolah. ughhh. SEKOLAH k. byee awak. doakan saya untuk SPM tahun neh :') takott ittew. 

SPM candidate neh :')

hmmm. doakan saya! InsyaAllah akan buat yang terbaik.

okayy. last kot update buat sementara neh. sebab abah sayan nak guna lappy neh. lappy dia rosak. hmmm. tidak boleh membantak. love you crush
saya suka style kak DenaBahrin. sweet je nampak. ughh, jelessssssss k kak DenaBahrin
2013 be nice with me. i love you. kalau tak i pancung u.take note.

Friday, December 21, 2012

Baca laa. Tak rugi :')

Greeting Text
harini rasa macam nak kongsi ini jee awak awak. baca laaaa. selamat membaca :') agar dapat memperbaiki diri ke arah yg lebih baik.



✐ Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.

✐ Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya "Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?" Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya "Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa." Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.

✐ Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.

✐ Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut "Ajbuz Zanbi" yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yang kembang membesar dari biji benih.

✐ Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak.

✐ Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.

✐ Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat.

✐ Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah SWT. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.

✐ Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.

✐ Terdapat satu telaga kepunyaan Nabi Muhammad SAW bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga.

✐ Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah:

ⅰ- Pemimpin yang adil.

ⅱ- Orang muda yang taat kepada perintah Allah.

ⅲ- Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid.

ⅳ- Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.

ⅴ- Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata "Aku takut pada Allah".

ⅵ- Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai).

ⅶ- Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah.


✐ Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara "pergilah berjumpa dengan para Nabi". Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah SWT. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah SAW. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan.

✐ Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad SAW ke hadrat Allah SWT. Lalu diperkenankan doa baginda.

✐ Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20 ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga 'Arasy itu tiba dibumi.

✐ 'Arasy ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat.

✐ Kursi iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari 'Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana.

✐ Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib & 'Atid / Kiraman Katibin.

✐ Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing- masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.

✐ Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad SAW, dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah.

✐ Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin.

✐ Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa.

✐ Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad SAW dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab.

✐ Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang.

✐ Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata- kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta'ala dengan Maha Bijaksana.

✐ Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat.

✐ Syafaat Nabi Muhammad SAW di akhirat :

ⅰ- Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab.

ⅱ- Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.

ⅲ- Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka.

(Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah SWT.)

✐ Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain.

✐ Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya.

✐ Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya.

✐ Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka.


Rujukan:
Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al-
Fathani. Pustaka Nasional Singapura 2004.


☞ Jika sekiranya kalian ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu ini kepada sahabat² yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW:
❝ Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat. ❞
Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama :

① Sedekah/amal jariahnya.
② Doa anak²nya yang soleh.
③ Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.

Kredit : Pengukir Kata

Saturday, December 15, 2012

hoho. Macam Macam Ada ;)

Greeting Text
hiii. assalammualaikum awak awak semua. tak kira la adam ke hawa. yang pentingg manusia. hikhik. sihat tak? *takde soalan lain. haha >< amacam cuti sekolah? okayy? ke banyak membuang masa macam saya? ternak lemak jee dalam badan neh? bagus kan? *diggalakkan meniru aksi ini.

tahukan anda? harini dah 16/12/2012. kalau dikira darab bahagi tambah tolok, ada 14 hari lagi nak tahun baru. 2013. dannnn.............. sekolah sesi 2013 bermula. oh noooooooo. golden holiday tak siap lagi. baju tak beli lagi. kasut tak beli lagi. pen tak beli lagi. damn. *macam taknak sekolah je kan? haha. okayy! tahun depan aku dah 17 tahun okay. dah besar dah. tapi badan macam budak form1. harhar >< *bajet muda. dan tahun depan aku dah jadi SPM candidate okay. take note. ughhhhh. taknakkk! takutt. tolonggg :( tapi apakan daya. hurmm. berusaha ituu penting. rajin itu kunci untuk berjaya ;D insyaAllah.

hehe. okayy 13/12/2012 harituu. ade buat reunion untuk ex- 6amanah SKDP tahun 2009 kat kfc kok lanas,kat situu je tempat yang paling sesui .tapi sekit je yang pegi. shoo sad. tapi takpee saya happy dpt jumpe awak awak semua. dah lama tak jumpe kan? hehe tahun depan kite semua nak SPM dah. good luck. lepas SPM kite buat besar besaran okay ;) hoho. ramai yang tak boleh pergi sebab hujan. takde orang nk hantar and pegi ambik lesen motor. saya pun ambik jugak yee. xD nah gambar sikit. :* hehe

aini and ika. pandai nehh 

we all

lagi

dan lagi

peace! hoho

with ika 

and, tahun depan jugak akan bercadang untuk pakai spekk sepenuh mase.tak nampak woooo.maklum la rabun :(  power 200 dua dua belah. skrang tengok tv pun kene pakai spekk kabur. hmmmm. tahun depan studyy all time soo kalau tak nampak macam mane nak masuk. harap harap tak de buang la. hmm boleh ke? grrrrrrrr. akan mencube, chaiyokk chaiyokk. ;D lucu ke awak awak?

first time senyum nampak gigi. *malu. kegemukan terserlah


and, minggu ni jugakk junior junior saya dapat result PMR okayy. 19/12/2012 iaitu hari rabu. mesti berdebar kan? normal laa tu. harap hari tuu menjadi hari yang bermakna yee. kak pun berdebar tahun lepas. haha. harap dapat straight's A yaaa especially my two gorgeous girls. Qilott and Rarra. dia dah buat saya gembira tahun neh. thankss ya rarra and qilott. :* nah kiss satu. hoho 

qilott

rarra

mereka ;D

andd................... to my friend. i really miss you. miss you damn much. errrrrrr. dah lama tak jumpe sayang sayang saya. last mase birthday ila. yg selalu jumpe tirah, ilaa and zatil sebab kite tuisyen sekali kan? hehe. rinduu nak gelak ramai ramai :) tahun depan kita dah SPM kan? mesti sibukk. kite study same same okayy ;D awak ajar saya, saya ajar awak, jyeayyy. and kite dapat result. okayy laa semuanya. saya yfg tlong check untuk semua. tahun depan buat lagi baik yee. for me to :') jyeayy. struggle to SPM. love you. awak nak A saye pun nak jugak. hehe

my ohsemm friendddddddddd :*

I LOVE YOU. :*

Thursday, November 15, 2012

DAH NAK AMBIK LESEN EK AKU? ^^

Greeting Text
hii. assalammualaikum muslimin dan muslimat, saudara serta saudari yang dikasihi lagi disayangi oleh ibu bapa anda sekalian. haha. bagaimana keadaan saudari hari ni? sihat? sakit? batuk? koma? pengsan? or whatever laa ye. yang sihat tu alhamdullilah. yang tak sihat tuu banyak banyak berdoa dan pesan wasiat dekat keluarga masing masing ye >< sebelum tuu lupa nak ucap SALAM MA'AL HIJRAH 1434H.harap amalan kita kat buku lama diterima. Aminn. bukak buku baru ni hijrahkan diri kearah yang lebih baik. InsyaAllah :D

okayy, kalau saya nak merepek memang tak tersiap laa nak update ni. dari semalan lagi nak update, tapi apakan daya lappy dua dua kene rembakk dekat abang and adik. fuhhh. GAME GAME GAME GAME. -.- takde keje lain. sakit hati akuu. *aku online je memanjang takde dia sakit hati >< haha. ada saya kesah. haha *gelak jahat* okay bila nak start ni?

baca tajuk dulu....... okay dah baca? lesen? haha. tak kusangka tak kuduga. haha. ceritanya bermula begini. abah setiap kali cuti mesti pegi maktab. sambung blaja. hari khamis dia balik laa. tapi haritu*selasa* dia balik sebab abang balik. 'Abah: g g la baco buku undang undang nuh.' 'aku and abang: saling pandang memandang' 'aku: sapo?' 'abah: kakak laaa.' 'aku: hahahahahahahaha.' ''abah: ma takdok oyak ko?' 'aku: takdok pongg' *pergi dapur tanyo ma.* 'aku: ma abah ado oyak ko kat ma suruh kakak baco buku undang undang?' 'ma: ado. buku takdok kae. tu ma dok oyak kakak.' 'aku: masih tersenyumm gembira sukaaaaaaaaaa.' hahahaha. masuk bilik suka sorang sorang. haha. happy la katakan nak pegi ambik lesen ni. haha :D bukan main semangat nak pegi ambik lesen. tanya abah mana buku undang undang nih? nak baca. 'ma: wat abe harituu dia hantar balik laa' 'aku: hmm. okayy'

tapiiiiiiiiii. ku keseorangan. ughhh. tak suka tak suka *gedikk* hahaha. bosann laa sorang sorang ni. takde nak buat 'kecek'. tapi apakan daya. pegi jelaaaa. hmmm. tak sabar ni nak dapat lesen motor. macam macam tanya ma gane bengkel dia. test dia. hahaha. takot wehhh. apaapapunn. harap harap okayy ler esok. pengalaman ni pengalamannn. ^^

nah gambar satu dua ><



motor kesayangan sayaaaa. :* muahhh satu

with my cousin :*


excited ni woooooooo ;D

SALAM MA'AL HIJRAH :* PRAY FOR GAZA :'(








Sunday, November 11, 2012

Pembuka Bicara. Macam Macam Adaaa ;D

Greeting Text
hiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii abang, kakak, adik, mek, ayoh, pakcik, makcik, dan semuanyaa. Selamat Malam. haha sebenarnya kan saya boring nii. dah berbulan bulan tak update belog nii. dah nak runtuh dah >< nasib laa baiki kejap tadi. hikhokk. titew guna belogskin jee. tak pandai nak buat sendiri *ayat bajet* haha. ek, awak semua amacam cuti? best takk? *baru je start cuti dah tanya -.-

haha, ekk bulan OKTOBER dah lepas dah kann? rindu saat saat ituu. tahun depan tak tahu laa sempat lagi ke tak sambut lagi. this is my birthday. so far happy laa birthday tahun ni :D banyak laa jugak dapat hadiah dari parents, besties saya Tirah and Tikah,and my lovely two beautiful girls. Tyrah and Qilott. jyeayy. saya happy dpt kenal diorang. awlays happy yowwww. diaorang pegi kelas saya pagi tuu semata-meta nak bagi hadiah. sumpah tak terfikir langsung diaorang nak kasi gift tu kat saya. :') happy you! thanks yooww adik-adikku. LoveYouMore :* kiss sikit. ni hadiah yang saya dapat ><


and bulan tuu jugak saya exam. hmmmmmm. manyak susah maa. first time exam ikut format SPM sebenar. banyakk ter soalan. satu satu subjek dua tiga paper. and start tahun nii batch kami jawab format baru. Sejarah kertas tiga babe. boleh tengok buku teks. happy ni. tapi susah laaa jugak. *tak sabarr nak tahu result laa* haha. so far aku happy sangat sebab kertas satu fizik aku dapat 37/50. hahahaha. happy niii ^^ and kertas lain tak tahu lagi. hmm. harap harap tinggi laa. Aminn! 

meeeeeeeeeee. *kenyit mata*


and skarang ni jugak senior senior kita exam kan? SPM tuu wehh. fuhhh tahun depan aku pulak. sooooooooo nervous wehh --' ilmu tak cukup lagi ni nak jawab exam tahun depan. susah pulak tuu. ughh. thinks positive pykaa. you can do it. jyeayyyy! haha. for abang abang and kakak kakak tuu. good luckk. all the best. hope dapat straight A's for you, and all. i'm also proud with you. hihi. if you get more A i want to get more than you. take thissssssss! *ohmyenglish* InsyaAllah. i will try :') and tahun depan diaorang dah tak jadi pelajar sekolah. mesti sedih kan kena berpisah setelah 5 tahun bersama. ughh. tak nak ia berlaku tahun depan boleh? sedihhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh :"( kenangan bersama, makan minum bersama, belajar bersama, pergi makmal bersama, kena marah bersama. hmmmm. akan merindui saat itu. *macam aku pulak yang nak berpisah tahun ni*

okayy, dah letih typinggg. dua hari sebelum cuti sekolah, saya and the geng tolong cikgu cop buku tekss. best la jugak dari duduk dalam kelas tuu >< hikhokk. luangkan saat saat akhir dgn besties sebelum cuti. baguss kan. haha. okay, laaa. hope awak yang cantik lagi menawan happy berholiday. *titew duduk rumah jee, ayah titew sambung belajar. puiiii. bajet* haha
-kamera tak semahal awak. tersalah setting jadi la macam ni -.-' huh-

my ohsem friend

always bergambar dimana-mana

takut tak? takut tak? haha

boys kelas akuu -.-

kat bilik spbt

makmal biologi ><

kawan saya yang paling berani :D

SELAMAT MALAM AWAK. AKAN MERINDUI KAMU <3




Saturday, September 22, 2012

Sambutan Hari Raya Sekolah :)

Greeting Text
hi . Assalammualaikum. Salam Sabtu . sihat tak blogger-2 semua ? amacam sambutan hari raya kat sekolah korang ? best ? aku , hmmmmmmmm . best lerh jugakk . heeee >< sebab ape ? sebab tahun ni besar-besaran gituu .khemah siap ada renda-2 gitu . HAHA . lagipun tahun ni dah jadi senior . *bangga . tahun nii raya dgn status single-mingle wooo . beraya dgn besties yg ohsem and dgn adik-2 yang sporting :D cikgu-2 pun rapat dgn kiteorang . ada setahun lagi aku boleh sambut hari raya kat sekolah . tahun depan dah last dah . dah form5 . SPM pulakk tuu . takot lerh jugak . :/ tapi saya harus berusaha untuk dapat straight's A . itu impian saya . InsyaAllah :) *okay saya dah larikk topik .
haha , sehari sebelum sambutan tuu kiteorang pengawas-2 bertungkus lumus tolong cikgu angat nii angat ituu . penat , tapi takpe pikirkan esok spaya meriah gituu . saya sempat pasang kain kat khemah -taktahunamasaitifikdiaapa- haha . tolong angat krusi , and so forth . dah selesai semua tuu terus balik tidur . haha :D

pagi-2 lagi harituu , bangun awal lerh sebab nak sampai sekolah awal. datang lewat malu weh . haha . sampai kat parking motor besties saya ada . hah , selamat . tak laa malu sngt nnti jalan . haha . pergi-2 tuu terus duduk kat stesen-2 tingkatan . saya just bawak diri . haha . haritu sayan and my besties tolong cikgu tingkatan siap-siapkan makanan untuk form4 . hah , penat . tapi berbaloi . hehe . banayk lerh jugak kiteorang makan harituu . nasi minyak , roti jala , apam and banyak lagi laa. lepas tuu kiteorang snap-2 picture . haha , mcm-2 ada . memalukan pun ada . salah satu besties saya join karoke . hehe , dia nyanyi lagi 'kupohonrestuayahbonda' . ramai jugak laa yang join . mcm-2 lagu raya ada . harituu plajr-2 makan sambil dgn lagu . best siott . dah time 11lebih gituu kiteorang kena kemas pulak stesen form4 . yang lain larikk sudah. arghhh -.- penat lerhh . tapi boleh bwak balik mkanan sebab ada lebih / haha apa lagi ambik laaaa . haha :D 

lepas kemas-2 kiteorang dah boleh balik . dgn muka yang letih . :O haha , tapi happy . *tangan dah letih nak menaip* bhaiii :) nahh ----------->


:D

with Ketua Pengawas.

with Illa.

Addmath's teacher.

:)

;)

:D

my adik :* sayang awok .

:/

kawan + kakak angkat :)

with kak Dayah ;)

Wednesday, August 22, 2012

Hari Raya Aidilfitri 2012 ,

Greeting Text
hii . SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI , MAAF ZAHIR DAN BATIN untukk blogger-2 yang awesome ;) amacam raya ? okay ? best ? sunyi ? bosan ? benci ? or pape laaa . hoho , hari nii dah hari raya yang kelima >< *dua hari lagi nak bukak skolah . ohmyyyyyyyyyyy . tidakkkk ! tak puas lagi cuti . btw , andaanda sudah siapkah homework ? saya yakin 95% pelajar-2 masih belum siapkan homework mereka kankan ? haha dah agak . okayy stop pasal homework nanti tak tenang tengok tv kan ? wakakakaka ><

baju raya korang warna ape ? mesti cantik kan ? hoho . saya tahun ni warna grey alaalal coklat gituu ? ade ke ? haha whtever la . HAHA . yang penting saya tak buta warna . raya kedua pulaa bebas . lain-2 semua . lagi pom boy raya kedua dah tak pakai baju melayu dah . pakai jean and tshirt dia . kiteorang satu family raya kat Tanah Merah tahun nii . TM Kelantan oky . petang raya tuu pegi . bukan jauh pom , 45 minit jer dari rumah . hoho dekat kan ? kampung saya dkat jer . yang sbelah mama dkat je dgn rumah . satu kwasan jer . saya taman , umah atok kampung >< *harap faham . HAHA . okay , malam raya kt TM-TanahMerah- best lerh jugakk . dpat tngk kazen yang kecik-2 main mercun a.k.a. bedil . hehe . suke-2 dgn kazen yg sebaya and more laa . ckap itu laa , ini laa . hoho . pagi raya kiteorang makan nasi dagang . mek yang buat . best ! air tangan org tua kan . bnyk penglaman dari kite-2 nii . lepas siap-2 orang lain pegi smbhyang raya . saya ? tahun depan kot >< lepas semua balik tuu kiteorang pegi kubur dulu . baru salam-2 semua . *sesimintakduitraya* haha . saya masih dapat oky >< haha . lepas siap kiteorang pegi beraya rumah jiran-2 . petang tuu kiteorang balik kg sini pulak . kat KokLanas . kat sini ramai saudara-mara blik , spupu pom ramai wooo . lagipom sini maksdara and pksdra bagi duit raya yang merah or kuning . biru ? ohnoo . >< HAHA besar kan .

oky , hari raya kedua pulakk , mama kite ade buat makan-2 sikit . ajak jiran adn sdra mara . ramai laa jugak datang . hehe hapyy . okay la dah lenguh tangan nak menaipnye :/ baii . nah sikit gambar .

my cousin :*

first Eid ;)

raya pertama ><

raya kedua ><

raya ketiga ><

rumah sdra ><

*hari raya mesti wajib ade kenduri >< tak suke .